Pages

Ads 468x60px

Sample text

Sample Text

Friday 16 March 2012

Dengar CD Ceramah Pas Confirm Masuk Syurga


Bior bebenor Yob!?!? Takkan le Kerajaan PAS kat Kelantan buat cam gini. Tapi itulah kebenarannya. Surat di atas jelas tertulis "Mendengar CD ceramah PAS sahaja akan menjamin tuan masuk syurga". Aduhaii PAS..PAS..setahu teman Rasulullah je yang boleh bagi jaminan, siapa yang layak masuk syurga. Itulah kenyataannya di Malaysia. ONLY IN MALAYSIA.

Thursday 8 March 2012

 Tok Gajah : Adakah Kita Sehebat Pahlawan Dahulu...
Imam Rasu bin Shahrum atau juga dikenali sebagai Tok Gajah, Khatib Rasu dan Imam Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahang dengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang.

Tok Gajah juga dikenali sebagai bapa kepada pahlawan Melayu Pahang yang sangat terkenal iaitu Mat Kilau. Tok Gajah terkenal dengan perjuangan beliau dalam mempertahankan Negeri Pahang daripada muslihat licik pihak British yang cuba mengambil alih pemerintahan negeri Pahang. Semoga semangat juang beliau dapat diwarisi oleh kita semua dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara yang tercinta dari anasir-anasir jahat (luar dan dalam) yang cuba memporak-perandakan bumi bertuah ini. Al-Fatihah.