Pages

Ads 468x60px

Sample text

Sample Text

Tuesday 26 June 2012

AKHIRNYA FUZIAH SALLEH SOKONG LYNAS?!!

Mana Fuziah Salleh dan Azan Ismail?

Aik..Abang Mat Sabu dengan Leong Ngah Ngah je yg datang? Mana Kak Fuziah Salleh dgn Abang Azan Ismail? Dengor cerite, NGO yang kononnya memperjuangkan perjuangan palsu Lynas ni, x sebulu dengan Fuziah..dah lama kabor angin ni..betol rope-ropenye.. 

Itulah kalau dah namanya anak didik Anuwar, perangai pon jadiklah mcm mentornye..itulah perangai Anuwar, bila sesuatu pihak tu tak dapat nak beri kepuasan dan memenuhi nafsu serakah..dia pon cabut. Tapi kalo tak sebulu pon, takkan le sampai tak datang..perjuangan ni..hehehe..tapi dah namanya perjuangan peribadi, Azan dan Fuziah pun cabut sekali.

Nampak gayanye, ada kemungkinan Fuziah Salleh dan Azan Ismail ni sokong Lynas. Maklumlah NGO yang ditatang bagai minyak yang penuh dulu dah berpaling arah. Rakyat pun dah semakin jelas tentang temberang diorang berdua ni..so, macamana nak dapat sokongan rakyat dalam PRU ni? Kenalah sokong LYNAS..

"HIDUP! HIDUP! HIDUP LYNAS! HANCUR! HANCUR! HANCUR PENENTANG!" kata Fuziah Salleh dan Azan Ismail..hehehe



Monday 25 June 2012

WAHAI POLItikus : SEGALA AMALAN ADALAH BERDASARKAN NIAT


إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا  يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim

JELAS..hadis di atas sangat jelas menyatakan segala perbuatan adalah berdasarkan niat. Pesanan buat kawan-kawan dalam PAS..SILA CHECK SEMULA NIAT ANDA. Nampak gayanye, penyokong PAS sekarang bukan berjuang demi Allah dan Rasul tapi untuk MENUJU PUTRAJAYA. Tak percaye??? Balik rumah nanti, cari kat YouTube. Tiap-tiap kali ceramah mesti ada selitkan pasal nak pergi Putrajaya. * Dalam banyak-banyak penceramah PAS tu yang paling meroyan sangat Mat Sabu ngan Nizar J. "J" tu kome pandai-pandai le terjemahkan..hehehe

Betullah kata orang tua kat tempat CTG ni..PAS dulu lain..PAS sekarang dah lain..nampak bebenor beza  PAS zaman Dato' Asri Muda dan Fadzil Nor dengan PAS zaman  Nik Aziz. Apa pesan Allahyarham Fadzil Nor? Baca kat bawah ni.


Kepada semua politikus..PAS ke UMNO ke PKR ke..PERIKSA SEMULA NIAT ANDA..MUHASABAH..dan SELAMAT BERAMAL.

Monday 18 June 2012

BREAKING NEWS: 3 NAMA DIPLOMAT SINGAPURA DIDEDAHKAN

DI SINGAPURA = MEREKA KURSUSKAN BELIA PAP HADAPI PRU13 MALAYSIA
DI MALAYSIA = DIPLOMAT SINGAPURA SERTAI BERSIH 3.0 

Akhirnya AIDCNews mendedahkan 3 nama diplomat asing yang menceroboh hal ehwal negara kita Mereka adalah seperti berikut:
1. Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First Secretary (Political) yang turut memakai baju kuning BERSIH 3.0.
2. Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), First Secretary (Political).
3. Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Deputy High Commissioner and Counsellor.
Kita meminta supaya pihak kerajaan memandang serius perkara ini dan memanggil Duta negara tersebut dan menghantar Nota Bantahan. 

Sebagai tiang penting dalam parti, Pergerakan Pemuda UMNO diharap turut menghantar surat bantahan dan membuat bantahan di hadapan Kedutaan Singapura. Campurtangan secara terang-terang yang dilakukan oleh para Diplomat mereka tidak boleh diterima. Para NGO seperti Perkasa, Pekida dan sebagainya perlu maju ke hadapan!

Dahulu kita ada Singa UMNO allahyarham Syed Albar yang amat menakutkan Lee Kuan Yew itu, dan juga allahyarham Datuk Harun Idris yang merimaskan Dap. Kini, walaupun Ketua Pergerakan Pemuda UMNO YB Datuk Khairy Jamaludin menggunakan pendekatan steady, smart dan bijaksana, namun bantahan perlu juga dibuat di Kedutaan Singapura.

Jika tiada sesiapa membuat bantahan, Singapura akan kata macam-macam. Singapura akan kata Polis Malaysia lembik, Undang-Undang Malaysia senang dilanggar, Lihatlah Slide Sukarelawan PAP di atas sedang mengkursus sukarelawan PAP untuk membantu DAP dalam PRU13 nanti! Ini gambar-gambar penting http://cicit-tokgajah.blogspot.com/2012/06/wikileaks-bukti-gambar-persediaan.html

Isu keselamatan negara perlu tiada kompromi. Jika Diplomat-Diplomat itu melakukan perkara yang sama di Indonesia atau Thailand agaknya apakah nasib mereka itu?

Sambungan Wikileaks : Bukti Gambar Persediaan Singapura Mengkucar-kacirkan Pilihan Raya Malaysia.

Sekarang ni kalau bercakap apa pun, kena ada bukti.


Kali ini MyMassa tunjukkan bukti memang berlaku program yang diberi nama PACA Training di 223A/B River Valley Road, Singapore.

































*Mohon sebarkan maklumat dan gambar ini. Kita cam muka-muka 'tentera upahan' DAP yang diimport dari Singapura. Masa PRU kalau jumpa muka-muka ni, telefon polis dan imigresen kerana mereka salah gunakan permit. Harap PDRM dan Imigresen peka terhadap perkara ini.

Wikileaks! Bukti Persediaan Warga Singapura Kucar-kacirkan Malaysia Semasa PRU Ke-13.

MyMassa mendedahkan bahawa mereka mendapat maklumat sulit dari Singapura bahawa sekumpulan besar rakyat Singapura akan turun ke Malaysia semasa PRU ke-13.

Pelbagai persediaan telah dibuat oleh pihak di Kota Singa. Bila MyMassa tanya pada sumber tersebut apakah bukti yang menyokong kenyataannya, jawab sumber MyMassa, dia boleh bagi bukti 'open source'. Dokumen-dokumen serta gambar-gambar detail dia tak boleh bagi. Tambah sumber MyMassa, sila ke alamat ini untuk tengok bukti 'open source'.



Bila MyMassa pergi ke link yang diberi, memang terkejut melihat perancangan pihak asing yang cuba campurtangan dalam hal ehwal dalaman Malaysia! MyMassa terpaksa print screen FB ni supaya menjadi bukti di kemudian hari.


Apa kejadahnya Orang Singapura nak pantau Pilihan Raya Malaysia?

Bukti di atas selari dengan permintaan pihak pembangkang bahawa pihak luar akan dijemput untuk memantau Pilihan Raya Malaysia.

MyMassa tak kisah kalau badan bebas seperti parti politik dari Negara Asia Tenggara yang datang pantau. Tapi kalau yang datang pantau tu adalah pihak yang dilatih oleh BERSIH, dah sahlah mereka bukan nak pastikan pilihan raya berjalan lancar tetapi sengaja nak cipta bukti bahawa pilihan raya di Malaysia adalah kotor.

Ini baru sikit pendedahan MyMassa. Banyak lagi bukti-bukti lain yang akan menyusul bahawa Singapura memang ingin campurtangan dan cuba mewujudkan keadaan huru hara di Malaysia. Mohon pembaca dan rakan blogger sebarkan maklumat ini yang ternyata mengancam keselamatan dan kedaulatan negara kita. Cara nak sebarkan dengan mudah adalah dengan klik butang di hujung artikel sama ada mahu berkongsi di Twitter, FB atau pun Google+.

3 Pegawai Diplomat Asing Sertai BERSIH 3.0

AIDC News mendedahkan penglibatan tiga orang pegawai diplomat kedutaan asing telah menyertai perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.

Kandungan dokumen sulit itu turut menyatakan nama dan pangkat tiga pegawai diplomat dan mereka telah dikenal pasti turut serta dalam perhimpunan 28 April dari Petaling Street ke Dataran Merdeka.

“Salah seorang dari tiga pegawai itu memakai baju kuning BERSIH 3.0,” lapor dokumen sulit itu.

Menurut laporan itu, tindakan tiga pegawai diplomat itu yang menyertai dan memakai baju BERSIH 3.0 adalah bersalahan dengan etika ‘The Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961 Article 41 (1)‘ yang melarang para diplomat campur tangan dalam masalah politik sesebuah negara.

“Tiga pegawai diplomat itu perlu disingkirkan dari Malaysia kerana tindakan mereka bercanggah dengan etika Article 9 (1) Vienna Convention,” lapor dokumen sulit itu lagi.

Menjelang beberapa hari sebelum berlangsungnya perhimpunan 28 April, portal The Malaysian Insider melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kepimpinan BERSIH 3.0 dijangka akan hadir menemui diplomat kedutaan asing untuk mengadakan mesyuarat tertutup. 

Menurut portal itu lagi, mesyuarat tertutup bersama kedutaan asing itu diadakan di Hotel Doubletree Hilton pada pukul 3 petang, 25 April.

Pada 12 Jun lalu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman seperti dilaporkan Sinar Harian berkata, beliau bimbang dengan laporan pembabitan diplomat asing dalam demonstrasi jalanan seperti demonstrasi yang disokong oleh pembangkang di ibu negara pada 28 April lalu.

Sama ada pembabitan itu benar-benar untuk mengumpul maklumat atau sebaliknya, katanya ia pasti bukan satu langkah yang bijak.

Katanya, beliau bimbang bahawa langkah sedemikian mungkin membawa kepada beberapa persepsi negatif dan diplomat harus sentiasa sedar sensitiviti cara negara di rantau ini mengekalkan hubungan baik antara satu sama lain.

Sumber : AIDCNews – 15/06/12 – 

 Ini gambar warga asing bukan diplomat asing.

Monday 11 June 2012

SURAT TUN MAHATHIR KEPADA TUAN GURU

Surat PM berkaitan Hudud di Kelantan :

PERDANA MENTERI MALAYSIA


YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu

“tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).”

Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, keadilan adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW.

Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya bertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan. 
Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka.

Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas. Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.


DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994

psss........PAS lebih rela gadaikan islam demi DAP.....