Pages

Ads 468x60px

Sample text

Sample Text

Thursday 8 March 2012

 Tok Gajah : Adakah Kita Sehebat Pahlawan Dahulu...
Imam Rasu bin Shahrum atau juga dikenali sebagai Tok Gajah, Khatib Rasu dan Imam Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahang dengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang.

Tok Gajah juga dikenali sebagai bapa kepada pahlawan Melayu Pahang yang sangat terkenal iaitu Mat Kilau. Tok Gajah terkenal dengan perjuangan beliau dalam mempertahankan Negeri Pahang daripada muslihat licik pihak British yang cuba mengambil alih pemerintahan negeri Pahang. Semoga semangat juang beliau dapat diwarisi oleh kita semua dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara yang tercinta dari anasir-anasir jahat (luar dan dalam) yang cuba memporak-perandakan bumi bertuah ini. Al-Fatihah.

0 comments:

Post a Comment