skip to main |
skip to sidebar
SURAT TUN MAHATHIR KEPADA TUAN GURU
Surat PM berkaitan Hudud di Kelantan :
PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN
Y.A.B. Tuan Haji,
PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN
Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994
Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan
(al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga
para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam
melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan
hukum-hukum jenayah.
1. Jalan yang diambil oleh
Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat
dalam sistem pemerintahan Islam iaitu
“tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).”
Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di
Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan
tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai
sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak
Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah
SAW. dan para sahabat.
2. Sepertimana yang Amat
Berhormat sendiri sedia ketahui, keadilan adalah ASAS yang paling utama
ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran
Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang
lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu
mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang
menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.
3.
Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat
ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih
banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada
terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada
mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi
mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang
bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.
4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal
menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan
menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja
menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan
membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:
(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di
kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan
Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di
bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi
kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum
dalam al Quran.
Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah
undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad
SAW.
Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara
hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah
undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam
dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan
bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan
undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku,
maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam
atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran
Islam. Ia sebenarnya bertentangan dengan agama Islam.
(ii) Masalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada
undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan
anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut
undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita
itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.
Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia
diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak
mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri
daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan
mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai
bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol
daripada kaum mereka.
Jika ada pun saksi, dan mereka tidak
membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai
terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah
bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas. Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di
luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak
ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun
sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.
5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan
penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil
dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa
berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek
tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai
kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .
6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur
ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah
Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan
Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan
menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang
lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain
menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat
memeluk Islam menolaknya.
7. Kerajaan Pusat tidak
berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan
semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah
diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus
mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan
Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan
dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya
terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam
dan penganut-penganutnya.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994
psss........PAS lebih rela gadaikan islam demi DAP.....
0 comments:
Post a Comment