AIDC News mendedahkan penglibatan tiga orang pegawai diplomat kedutaan asing telah
menyertai perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.
Kandungan dokumen sulit itu turut menyatakan nama dan pangkat tiga
pegawai diplomat dan mereka telah dikenal pasti turut serta dalam
perhimpunan 28 April dari Petaling Street ke Dataran Merdeka.
“Salah seorang dari tiga pegawai itu memakai baju kuning BERSIH 3.0,” lapor dokumen sulit itu.
Menurut laporan itu, tindakan tiga pegawai diplomat itu yang
menyertai dan memakai baju BERSIH 3.0 adalah bersalahan dengan etika ‘The Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961 Article 41 (1)‘ yang melarang para diplomat campur tangan dalam masalah politik sesebuah negara.
“Tiga pegawai diplomat itu perlu disingkirkan dari Malaysia kerana
tindakan mereka bercanggah dengan etika Article 9 (1) Vienna
Convention,” lapor dokumen sulit itu lagi.
Menjelang beberapa hari sebelum berlangsungnya perhimpunan 28 April, portal The Malaysian Insider me
laporkan
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kepimpinan BERSIH 3.0 dijangka akan
hadir menemui diplomat kedutaan asing untuk mengadakan mesyuarat
tertutup.
Menurut portal itu lagi, mesyuarat tertutup bersama kedutaan asing
itu diadakan di Hotel Doubletree Hilton pada pukul 3 petang, 25 April.
Pada 12 Jun lalu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman seperti dilaporkan Sinar Harian
berkata, beliau bimbang dengan laporan pembabitan diplomat asing dalam
demonstrasi jalanan seperti demonstrasi yang disokong oleh pembangkang
di ibu negara pada 28 April lalu.
Sama ada pembabitan itu benar-benar untuk mengumpul maklumat atau sebaliknya, katanya ia pasti bukan satu langkah yang bijak.
Katanya, beliau bimbang bahawa langkah sedemikian mungkin membawa
kepada beberapa persepsi negatif dan diplomat harus sentiasa sedar
sensitiviti cara negara di rantau ini mengekalkan hubungan baik antara
satu sama lain.
Sumber : AIDCNews – 15/06/12 –
Ini gambar warga asing bukan diplomat asing.